Halaman Selamat Datang
Isnin, Februari 27, 2017 
Mengenai kami » Maklumat Korporat » Slogan UPM
Slogan UPM


Pertanian . Inovasi . Kehidupan

Idea di sebalik Pertanian . Inovasi . Kehidupan ( Agriculture . Innovation . Life) adalah bertujuan untuk menggambarkan legacy of knowledge dan leading agriculture di UPM yang banyak memberikan sumbangan kepada penambahbaikan kehidupan, pengkayaan ilmu pengetahuan dan inovasi khususnya dalam bidang pertanian. Ia juga menggambarkan nilai yang dikongsi bersama dengan komuniti, kerajaan, rakan institusi, industri dan pemegang taruh yang lain.

Slogan ini mengandungi 3 perkataan penting yang mempunyai hubungkait antara satu sama lain.  
  • Pertanian merupakan perkataan teras yang membentuk slogan ini dan hubungkaitnya dengan pembentukan UPM memang tidak dapat disangkal kerana jasa, jenama dan jejak pertanian yang telah diwarisi UPM lebih 80 tahun yang lalu. Gahnya pertanian UPM digambarkan sebagai melewati pendidikan dan penyelidikan, menghasilkan modal insan pertanian yang berkualiti, memperkayakan ilmu pengetahuan, menerokapelbagai inovasi dan mencipta kehidupan yang cemerlang. Oleh itu, memang layak Pertanian diangkat martabatnya sebagai Penghulu kepada slogan ini.
  • Inovasi dalam konteks pertanian adalah membuat inovasi dan mencari penemuan baru untuk kelestarian pertanian. Oleh yang demikian, aktiviti pengajaran, penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan pengembangan yang telah dilaksanakan bergerak seiring dengan intipati pertanian. Dengan kata lain, inovasi dan pertanian akan menjamin kelestarian kehidupan.
  • Kehidupan adalah impak daripada kejayaan pendidikan, penyelidikan, penemuan ilmu dan inovasi yang menjadi pelengkap kepada semangat UPM dalam menterjemahkan peranan pertanian. Kehidupan juga adalah sasaran yang telah lama sebati dalam roh Berilmu Berbakti sejak nama Universiti Pertanian dimahsyurkan pada 1971.

Kombinasi ketiga-tiga perkataan tersebut berupaya menyerlahkan legasi kecemerlangan pertanian di UPM, memaparkan nilai kesarjanaan di UPM, menonjolkan perbezaan UPM dengan institusi lain dan secara tidak langsung ia membantu UPM menterjemahkan apa yang dimaksudkan dengan Pertanian . Inovasi . Kehidupan (Agriculture . Innovation . Life) dalam konteks moto Berilmu Berbakti.


 








Kemaskini Terakhir 28 08 2014 ( hairul_nizam )