Halaman Selamat Datang
Khamis, Mac 30, 2017 
Poliklinik Putra Medik

Poliklinik Putra Medik, Universiti Putra Malaysia (UPM)

Poliklinik ini memulakan operasinya sejak 26 November 2012.  Klinik ini dikendalikan oleh pakar perubatan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM. Ia menawarkan perkhidmatan pemeriksaan, rawatan kesihatan dan perundingan pakar kepada orang awam pada harga yang berpatutan.

Perkhidmatan lain yang ditawarkan:

  • Perkhidmatan saringan kesihatan.
  • Perkhidmatan rawatan antenatal/ibu mengandung.
  • Perkhidmatan rawatan kanak-kanak.
  • Perkhidmatan rawatan pakar perubatan keluarga.
  • Perancangan Keluarga (OCP/IUCD).
  • Rawatan sedut kahak.
  • Berkhatan.
  • Pembedahan luka-luka kecil.
  • Rawatan nebulizer kepada pesakit asma.
  • Ujian air kencing,
  • Pemeriksaan tekanan darah
  • Suntikan imunisasi kepada kanak-kanak serta bakal haji.
  • Perkhidmatan pra-pekerjaan/pra-universiti.

* Kemudahan rujukan ke Hospital Serdang
* Potongan kadar caj rundingan pakar (tempoh terhad sempena pembukaan klinik)

Waktu operasi:

HARI

PAGI

PETANG

Isnin

8.00 pagi – 9.00 malam

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

Sabtu

9.00 pagi – 1.00 petang

Ahad & cuti umum

TUTUP


Lokasi:

Poliklinik Putra Medik
No. 1-12-G Putra Walk, Jalan PP25,
Taman Pinggiran Putra Seksyen 2,
Bandar Putra Permai,
43000 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan

atau klik di sini untuk mengetahui peta lokasi klinik.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Poliklinik Putra Medik di talian 03-8959 8950 atau emel poliputramedic@gmail.com.




Kemaskini Terakhir 15 01 2013 ( s_azli )