Halaman Selamat Datang
Isnin, Mac 27, 2017 
Pembelajaran Sepanjang Hayat / Kursus Jangka Pendek

Meskipun memfokuskan kepada pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan, UPM juga tidak melupakan tanggungjawabnya kepada masyarakat. Pembelajaran Sepanjang Hayat atau Kursus Jangka Pendek menyediakan perkhidmatan rundingan dan latihan melalui pengendalian kursus-kursus dalam penyebaran kepakaran dan maklumat mutakhir yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat awam. Program ini mensasarkan golongan petani, peladang, usahawan, pegawai agensi awam dan swasta serta Persatuan NGO dari dalam dan luar negara.

Kursus ini dijalankan melalui empat kaedah iaitu Kursus Berjadual di mana kursus ini telah ditetapkan tarikh perlaksanaan, tempoh, tempat, kumpulan sasaran dan bayaran. Kursus Tidak Berjadual pula merupakan kursus yang dilaksanakan mengikut keperluan dan kesesuaian khas permintaan pelanggan manakala Program Pendidikan Sepanjang Hayat Tanpa Ijazah  pula adalah program pengajian bersama pelajar sepenuh masa di UPM di mana  tempoh pengajian adalah satu semester. Program Sangkutan pula merupakan program yang bertujuan untuk berkongsi kepakaran, penyelidikan, kemahiran, pengetahuan dan pengalaman di antara UPM dan agensi yang terlibat dan ia dilaksanakan mengikut permintaan pelanggan.

Maklumat berkenaan program ini boleh diperolehi melalui iklan di media massa, laman web, prospektus kursus atau berhubung terus dengan Pegawai Pertanian, Unit Pemajuan Profesional dan Pendidikan Sepanjang Hayat Nafisah Awang melalui talian 03-89471819.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat terperinci melalui laman web Pusat Transformasi Komuniti Universiti.




Kemaskini Terakhir 12 06 2013 ( hairul_nizam )


UPM Education & Training Sdn. Bhd.
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Tel : 603-8946 8838/8832
Faks : 603-8942 4770

Pusat Pengembangan, Keusahawanan & Pemajuan Profesional
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Tel : 603-8947 1805/1801/8110
Faks : 603-8946 4107/4114

Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Tel : 603-8947 2750
Faks : 603-8947 2738