Halaman Selamat Datang
Selasa, Mei 23, 2017 
Peluang Pekerjaan

Peluang Kerjaya

Walaupun akan melangkah keluar dari Universiti dan bakal bergelar graduan, UPM tetap tidak melupakan kepentingan kebajikan dan keperluan mereka. UPM sentiasa komited untuk membantu para pelajarnya bukan sahaja memperolehi kerjaya yang cemerlang malah memantapkan kemahiran menghadapi alam pekerjaan.

Justeru, bagi mencapai hasrat tersebut UPM telah menubuhkan Pusat Penempatan Kerjaya; sebuah entiti yang memainkan peranan dalam menyediakan perkhidmatan dan peluang pekerjaan bagi para  pelajar. Untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih luas, entiti ini turut menjalinkan kerjasama yang luas dengan pihak industri, para majikan dalam negara, syarikat antarabangsa dan komuniti setempat.

Antara langkah yang diambil oleh pusat ini ialah pengiklanan jawatan di atas talian (online), penganjuran karnival kerjaya dan ceramah perkembangan kerjaya, pembangunan diri pelajar serta latihan industri.

Jika anda ingin mengetahui peluang-peluang pekerjaan daripada para majikan yang tersohor di Malaysia ataupun untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Pusat Penempatan Kerjaya, sila klik di sini dan anda akan dibawa melayari laman sesawang rasmi entiti tersebut.

Program Khidmat Pelajar

Di samping mengikuti pengajian di UPM, para pelajar juga boleh mencari pendapatan sampingan dengan menyertai Program Khidmat Pelajar (PKP). Program ini merupakan program pengambilan pelajar untuk berkhidmat sebagai pekerja sambilan selama enam bulan di Universiti Putra Malaysia.

Segala maklumat berkenaan terma dan syarat, sila muat turun Terma dan Syarat Semasa.

Untuk panduan PTJ yang berhasrat ingin mengambil pelajar PKP sebagai pekerja sambilan, muat turun Surat Tawaran, Surat Penerimaan Tawaran serta Pengesahan Lapor Diri dan Senarai Tugas.

Kepada pelajar yang berminat untuk mencari pendapatan lebih, sila muat turun Borang Permohonan.

  » Pelajar boleh memperolehi pendapatan sehingga RM640 sebulan semasa cuti semester






Kemaskini Terakhir 02 12 2015 ( hairul_nizam )


Pusat Penempatan Kerjaya
Tingkat 1, Kompleks Mahasiswa
43400 UPM Serdang
Tel : 603-8947 1319
Faks : 603-8947 1124