Halaman Selamat Datang
Isnin, Mei 01, 2017 
Kegiatan Kurikulum

Pembangunan kokurikulum dapat melahirkan graduan-graduan yang berkualiti dan mempunyai ciri-ciri modal insan yang cemerlang. UPM juga menggalakkan para pelajar menyertai kurikulum untuk memantapkan aspek-aspek ketrampilan seperti kemahiran berkomunikasi, kepimpinan, bekerja dalam kumpulan dan penampilan diri yang kemas.

Di UPM, sebanyak tiga tahap kursus kurikulum telah ditawarkan untuk pembangunan kurikulum iaitu Kursus Permulaan Graduan yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang baru menjejakkan kaki ke universiti agar lebih bersedia untuk mengadaptasikan diri dengan budaya hidup di kampus.

Kursus Kokurikulum Berkredit pula telah ditawarkan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berketrampilan patriotik, bertanggungjawab dan berdaya saing. Kursus ini merupakan kursus wajib bagi semua pelajar sepanjang tempoh pembelajaran.

Kursus Ketrampilan Graduan pula dikhaskan kepada semua pelajar semester akhir sebelum melangkah kaki ke alam pekerjaan dan juga untuk memantapkan keyakinan diri pelajar.

Sebarang maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman sesawang rasmi Pusat Inovasi Keusahawanan dan Pembangunan Pelajar.




Kemaskini Terakhir 27 02 2012 ( hairul_nizam )


Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Tel : 603-8946 6075
Faks : 603-8942 6472

Pusat Inovasi Keusahawanan & Pembangunan Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Tel : 603-8946 8557
Faks : 603-8946 7280