Halaman Selamat Datang
Isnin, Mei 01, 2017 
Panduan Ke UPM


Anda tidak perlu khuatir untuk datang ke UPM! Lokasinya yang strategik serta sistem pengangkutan sistematik akan melancarkan perjalanan anda dari utara mahupun selatan. Dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ke UPM, anda boleh menaiki Express Rail Link (ERL) yang mengambil masa hanya 28 minit ke TBS-BTS dan juga teksi dengan caj berpatutan untuk ke UPM. Jarak antara UPM dan KLIA adalah 50 km jika melalui Lebuhraya KLIA Extension.

Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) merupakan hub pengangkutan awam yang mempunyai rangkaian sistem pengangkutan yang menyeluruh antaranya Light Rail Transit (LRT), Komuter, bas Rapid KL,  Express Rail Link (ERL) dan juga teksi yang menyediakan akses mudah dan cepat ke lokasi-lokasi utama di sekitar lembah klang. Jarak antara TBS–BTS dan UPM adalah 14.2 km jika melalui Lebuhraya Sungai Besi.  Dari sini, anda boleh menaiki Komuter, Teksi, dan bas Rapid KL untuk ke UPM.

KL Sentral pula adalah pusat utama bagi sistem pengangkutan di Kuala Lumpur. Sekiranya melalui Lebuhraya Sungai Besi, jarak antara KL Sentral dan UPM ialah 22.7 km. Dari sini, anda boleh menaiki komuter, teksi dan juga bas Rapid KL dari KL Sentral ke UPM.

Dapatkan info terperinci mengenai perkhidmatan dan caj kenderaan awam ke UPM, di pautan perkhidmatan.




Kemaskini Terakhir 12 06 2013 ( hairul_nizam )


Pejabat Pemasaran dan Komunikasi
Tingkat 4, Bangunan Pentadbiran
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Tel : 603-8946 6129/6009/6003
Faks : 603-8946 8972