Halaman Selamat Datang
Sabtu, Jun 24, 2017 
Pelancongan di Malaysia

Malaysia ialah sebuah negara yang pesat membangun dan terkenal sebagai salah sebuah destinasi pelancongan dunia. Dari segi geografi, Malaysia terdiri daripada dua bahagian iaitu Semenanjung Malaysia dan Kepulauan Borneo yang dipisahkan oleh Laut China Selatan.

Keunikan Malaysia terletak pada kepelbagaian kaum dan bangsa yang tinggal dalam suasana harmoni iaitu Melayu, Cina dan India. Manakala Kepulauan Borneo didiami oleh pelbagai kumpulan etnik peribumi antaranya etnik Kadazan dan Murut di Sabah, manakala etnik Iban, Bidayuh, Penan dan Senoi di Sarawak.

Gabungan budaya dan kaum rakyat Malaysia menjadikan negara ini diwarnai oleh sambutan perayaan yang berbeza dan begitu meriah sepanjang tahun. Malah, Malaysia diibaratkan sebagai syurga makanan kerana setiap kaum mempunyai menu-menu tradisi yang enak lagi tersendiri.

Tidak cukup dengan itu, Malaysia mempunyai banyak tarikan lain yang tiada tolok bandingnya. Antaranya ialah keunggulan landskap dan seni bina di negara ini seperti rumah kayu, bangunan pencakar langit dan juga kawasan percutian yang terdapat di kawasan pergunungan, pantai dan hutan paya bakau.

Singkaplah maklumat lanjut mengenai segala yang menarik di Malaysia, destinasi pelancongan, festival dan sebagainya di laman web Tourism Malaysia dan anda pasti teruja!




Kemaskini Terakhir 12 06 2013 ( hairul_nizam )


Pejabat Pemasaran dan Komunikasi
Tingkat 4, Bangunan Pentadbiran
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Tel : 603-8946 6129/6009/6003
Faks: 603-8946 8972

UPM International Sdn. Bhd.
Tingkat 1, Dewan Bankuet
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Tel : 603-8947 1160
Faks : 603-8947 1165