Halaman Selamat Datang
Selasa, Mei 23, 2017 
Yayasan Pak Rashid

Sebagai penghormatan dan tanda ingatan terhadap Pak Rashid yang merupakan pengasas Universiti Pertanian Malaysia, Yayasan Pak Rashid telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 2000 oleh Tuan Yang Terutama Canselor UPM.

Nama Pak Rashid sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam kecemerlangan bidang pendidikan. Beliau cukup terkenal dengan tahap disiplin dan semangat juang yang tinggi, serta tidak lokek berkongsi ilmu bersama anak didiknya di sepanjang tempoh khidmat beliau. Komitmen dan kewibawaan Pak Rashid dalam bidang pertanian secara khusus telah melayakkan beliau menerima pengiktirafan tertinggi iaitu Honorary Doctorate in Letters' dan ‘Ridley Centennial Award (Posthumous)' daripada Universiti Pertanian Malaysia.

Yayasan Pak Rashid ini dicetuskan sebagai usaha untuk meningkatkan taraf Universiti Putra Malaysia sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang terulung dalam bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) melalui penyaluran geran penyelidikan. Yayasan ini juga tidak putus menyokong kecemerlangan UPM dalam pelbagai cara antaranya melalui penubuhan ‘Kursi Pendidikan'. Sementara itu, para pelajar yang menunjukkan kecemerlangan pengajian akademik dalam bidang berkaitan pertanian serta pendidikan akan dinobatkan Anugerah Pingat Emas Yayasan Pak Rashid bagi menyuntik semangat mereka.

Yayasan Pak Rashid juga telah berjaya menjalin perkongsian strategik dengan Alumni dan badan-badan korporat lain untuk ke arah mengungguli persada pendidikan dan profesional.

 




Kemaskini Terakhir 12 06 2013 ( hairul_nizam )


Pusat Alumni
Bangunan C13, Lorong Pongamia 3
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Tel : 603-8946 6079
Faks : 603-8656 6933