Halaman Selamat Datang
Isnin, Ogos 21, 2017 

POLISI PRIVASI DAN KESELAMATAN

1. Pemakaian

    Polisi Privasi dan Keselamatan ini adalah berkenaan maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti atau apa-apa maklumat yang dikemukakan kepada kami dan/atau dikumpul oleh kami secara langsung di/melalui Laman Web ini ("Maklumat Pengenalan Peribadi"). Kami memelihara hak untuk mengubah Polisi Privasi dan Keselamatan dari semasa ke semasa dan anda disifatkan sebagai terikat dengan perubahan tersebut.

2. Perlindungan Maklumat Pengenalan Peribadi

    Ia kekal menjadi amalan UPM untuk melindungi semua Maklumat Pengenalan Peribadi dan UPM akan berusaha untuk melindungi segala Maklumat Pengenalan Peribadi dengan menggunakan sistem teknologi keselamatan yang munasabah dan sesuai.

3. Penafian

    Dengan mengakses Laman Web ini, anda bersetuju bahawa walaupun UPM akan terus berusaha untuk memastikan bahawa semua Maklumat Pengenalan Peribadi kekal dihormati dan sulit, UPM tidak memberi apa-apa waranti, representasi atau jaminan bahawa semua Maklumat Pengenalan Peribadi kekal selamat dan sulit, kerana mungkin terdapat faktor-faktor di luar kawalan UPM yang mungkin mengakibatkan pendedahan Maklumat Pengenalan Peribadi.

4. Maklumat Selain Daripada Maklumat Pengenalan Peribadi Yang Boleh Dikenal Pasti

    Sebagai tambahan kepada Perenggan 3 Polisi Privasi dan Keselamatan ini, anda bersetuju bahawa:

      (a) mana-mana pemberian maklumat kepada UPM oleh anda atau maklumat yang dikumpul oleh UPM daripada anda melalui Laman Web ini selain Maklumat Pengenalan Peribadi akan disifatkan dan kekal sebagai harta UPM dan UPM memelihara hak untuk menggunakan mana-mana maklumat tersebut (termasuk tetapi tidak terhad kepada idea, konsep, maklum balas atau teknik) bagi sebarang tujuan tanpa perlu untuk mendapatkan apa-apa keizinan bertulis daripada anda dan tanpa sebarang tanggungjawab kerahsiaan; dan

      (b) mana-mana data dan/atau maklumat yang diberikan dan/atau yang didedahkan dalam forum awam/ruang-dalam-talian disifatkan sebagai maklumat awam dan tidak akan diberikan perlindungan seperti yang dinyatakan dalam Polisi Privasi dan Keselamatan ini.