Halaman Selamat Datang
Selasa, Oktober 24, 2017 
Antarabangsa » Pelajar Antarabangsa » Persatuan Pelajar Antarabangsa (UPMISA)
Persatuan Pelajar Antarabangsa (UPMISA)


Bagi menyelaras kegiatan dan kebajikan pelajar antarabangsa di UPM, pihak universiti telah menubuhkan Persatuan Pelajar Antarabangsa. Melalui persatuan ini pelbagai program sosial dirancang sepanjang tahun akademik anda. Penglibatan anda di dalam pelbagai aktiviti ini akan memberikan anda peluang untuk berkongsi pengalaman, rangkaian dan berintegrasi sesama pelajar lain.

Persatuan Pelajar Antarabangsa menganjurkan pelbagai lawatan, aktiviti dan acara sosial termasuk lawatan ke kawasan warisan budaya yang popular dan tempat tumpuan pelancong di Malaysia. Lawatan ini ditanggung sebahagiannya melalui subsidi daripada UPM agar semua pelajar antarabangsa berpeluang untuk menyertai acara tersebut.

Semasa minggu pertama anda di UPM, kehidupan akan bertambah sibuk dengan pelbagai perkara untuk diuruskan dan ia bukanlah sesuatu yang mudah terutamanya di dalam suasana baru dan juga di negara baru. Dengan menyertai persatuan ini ia akan membuatkan segalanya lebih mudah untuk anda.

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

 





Kemaskini Terakhir 09 10 2013 ( hairul_nizam )


Sekolah Pengajian Siswazah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Tel :+603-8946 4225
Faks :+603-8946 4232


UPM International Sdn. Bhd.
Tingkat 1, Bangunan Pentadbiran
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Tel : +603-8947 1160
Faks :+603-8947 1165

UPMISA
Komplek Mahasiswa
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang