Halaman Selamat Datang
Isnin, Februari 27, 2017 

SOALAN LAZIM

1. Bilakah UPM ditubuhkan?

Jawapan :
Universiti Putra Malaysia mula ditubuhkan sebagai sebuah Sekolah Pertanian pada tahun 1931. Pada tahun 1947, Sekolah Pertanian ini telah dinaiktaraf sebagai Kolej Pertanian Malaysia oleh Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union ketika itu. Penubuhan Universiti Pertanian Malaysia seterusnya tercetus apabila Kolej Pertanian di Serdang ini bergabung dengan Fakulti Pertanian, Universiti Malaya. Pada tahun 1997, nama Universiti Pertanian Malaysia ditukar kepada Universiti Putra Malaysia oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad untuk menggambarkan status UPM sebagai pusat pengajian tinggi yang merangkumi pelbagai bidang, terutamanya sains dan teknologi maklumat yang menjadi keperluan kepada pembangunan negara di alaf baru ini.

 

2. Apakah yang dimaksudkan dengan UPM?

Jawapan:
UPM adalah singkatan bagi Universiti Putra Malaysia

 

3. Di manakah terletaknya UPM?

Jawapan:
Kampus utama UPM terletak di antara ibu negara Malaysia, Kula Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA), Malaysia. Jaraknya adalah kira-kira 25km dari Kuala Lumpur dan 45km dari KLIA. UPM mempunyai kampus cawangan dan ia terletak di Bintulu, Sarawak, Malaysia.

 

4. Apakah matlamat UPM? 

Jawapan :
  • Menarik pelajar cemerlang dan menghasilkan graduan berilmu dan berdaya saing
  • Melonjakkan tahap pencapaian penyelidikan dan inovasi ke peringkat antarabangsa
  • Memperkasakan penglibatan komuniti untuk penjanaan dan perkongsian ilmu
  • Memperkasakan UPM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan pertanian, dan biosumber tropika
  • Mempermantap tadbir urus dan pengurusan sumber berdasarkan amalan terbaik
  • Memperkasakan Putra Business School (dahulunya dikenali sebagai Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan atau GSM) sebagai Top Business School

 

5. Bagaimanakah untuk ke UPM?

Jawapan:
Pelajar boleh menaiki komuter kereta api ke stesen Serdang dari KL Sentral di Kuala lumpur dan bas akan menunggu di stesen tersebut untuk ke UPM.

 

6. Adakah UPM menyediakan kemudahan penginapan untuk pelajar?

Jawapan:
Ya, UPM mempunyai 17 buah kolej kediaman di mana pelajar boleh memohon untuk menetap di salah satu daripadanya bergantung kepada kekosongan bilik di kolej kediaman tersebut.

 

7. Apakah kemudahan yang disediakan di UPM?

Jawapan:
Pelbagai kemudahan turut disediakan demi keselesaan para pelajar dan staf seperti ICT, perpustakaan, dewan, kafeteria, kemudahan keselamatn, masjid, sistem pengangkutan di dalam kampus, sukan & rekreasi, klinik kesihatan, penginapan, perbankan & khidmat pos dan hospital veterinar.

 

8. Di manakah saya boleh memperolehi maklumat syarat kemasukan?

Jawapan:
Syarat kemasukan akademik am boleh didapati melalui pautan www.akademik.upm.edu.myuntuk pengajian prasiswazah dan www.sgs.upm.edu.myuntuk pengajian pasca siswazah.

 

9. Apakah program-program yang ditawarkan di UPM?

Jawapan:
UPM menawarkan program bagi prasiswazah dan juga pasca siswazah di mana maklumat selebihnya boleh didapati di laman web UPM (www.upm.edu.my).

 

10. Apakah konsep bagi Penyelidikan Kelompok?

Jawapan:
Konsep penyelidikan kelompok di UPM adalah sejajar dengan keperluan semasa bagi pendekatan multi-disiplin dalam menyelesaikan masalah penyelidikan.UPM telah menubuhkan 6 Kluster Penyelidikan iaitu pertanian, makanan, kesihatan, perhutanan dan alam sekitar, sains, teknologi & kejuruteraan dan sains sosial.

 

11. Apakah fakulti-fakulti yang terdapat di UPM?

Jawapan:
Terdapat 16 fakulti di UPM:

  • Fakulti Pertanian
  • Fakulti Perhutanan
  • Fakulti Perubatan Veterinar
  • Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
  • Fakulti Kejuruteraan
  • Fakulti Pengajian Pendidikan
  • Fakulti Sains
  • Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
  • Fakulti Ekologi Manusia
  • Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
  • Fakulti Rekabentuk dan Senibina
  • Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
  • Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
  • Fakulti Bioteknolgi dan Sains Biomolekul
  • Fakulti Pengajian Alam Sekitar
  • Fakulti Sains Pertanian dan Makanan

 

12. UPM merupakan sebuah universiti penyelidikan. Apakah maksud universiti penyelidikan?

Jawapan:
Universiti penyelidikan ialah universiti awam yang telah diiktiraf oleh Jemaah Menteri pada 11 Oktober 2006 untuk menjadi hab kecemerlangan penyelidikan dan pendidikan. Universiti penyelidikan terdiri daripada lima (5) buah universiti awam iaitu :

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Ciri-ciri Universiti Penyelidikan:
  • Bidang pengajian berfokuskan penyelidikan
  • Kemasukan kompetitif
  • Pensyarah berkualiti
  • Nisbah siswazah dan pascasiswazah 50:50