Halaman Selamat Datang
Selasa, Oktober 24, 2017 
 
Berita »

FRSB - Kedutaan Besar Denmark, anjur pameran ‘Copenhagen'

Oleh Syifarida Muhamad Zaki
Foto oleh Noor Azreen Awang






SERDANG, 7 Mac - Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Pejabat Kedutaan Besar Denmark di Malaysia menganjurkan pameran ‘Copenhagen : Create A Better Life For People’.

Pameran ini bertujuan berkongsi idea serta solusi yang diaplikasikan oleh negara Denmark dalam menangani masalah perubahan cuaca serta usaha ke arah perancangan mapan.

Pameran itu membawa tiga tema iaitu Copenhagen Solutions, Architecture With People dan Contemporary Danish Architecture. 

Pameran itu dapat memberi gambaran kepada masyarakat di Malaysia mengenai perkembangan reka bentuk yang diterajui oleh arkitek dari Denmark dengan memberi penekanan kepada pemuliharaan persekitaran serta kemapanan sosial.

Melaluinya, kerjasama institusi profesional berkaitan reka bentuk dan perancangan bandar yang terdapat di Denmark dan Malaysia dapat dipertingkatkan.

Pameran itu dirasmikan oleh Duta Besar Denmark ke Malaysia, Nicolai Ruge. Ia diadakan di Galeri Serdang dari 20 Februari hingga 31 Mac 2017.

Pada majlis yang sama buku tulisan Dr. Shureen Faris Abd. Shukor bertajuk ‘Cerita Laman Kehidupan Dari Copenhagen’ turut dilancarkan.

Buku itu memaparkan reka bentuk taman serta ruang hijau di sekitar bandar di Denmark.