Halaman Selamat Datang
Ahad, November 19, 2017 
Akademik » Entiti Akademik » UPM Education & Training
UPM Education & Training


UPM Education and Training Sdn Bhd (UPMET) merupakan sebuah entiti yang menawarkan program pengajian jangka pendek dan jangka panjang seiring dengan keperluan pasaran semasa. Program pengajian yang ditawarkan juga mampu menjadikan individu berkerjaya bersikap proaktif dalam menempuhi cabaran pasaran global dan menaikkan prestasi organisasi mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Terdapat Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) untuk beberapa kursus Becelor dan Master. Permohonan adalah secara dalam talian di laman sesawang UPMET dan terbuka sepanjang masa. Pengambilan pelajar baharu untuk program PJJ ini dibuat dua kali setahun, iaitu pada semester pertama dan semester kedua.

UPMET juga menjalinkan kerjasama dengan beberapa Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang membolehkan IPTS berkenaan menjalankan program pengajian UPM dengan seliaan UPM yang kini dipanggil Program Kerjasama. Kerjasama dengan IPTS ini berjaya meningkatkan perkembangan pendidikan Negara, khususnya dalam penawaran pendidikan berkualiti.

Maklumat lanjut, Sila layari laman web UPM Education & Training Sdn Bhd.




Kemaskini Terakhir 11 06 2012 ( ali_bakri )


UPM Education & Training Sdn. Bhd.
43400 UPM Serdang, Selangor
Tel: +603-8946 8838/8832
Faks: +603-8942 4770