Halaman Selamat Datang
Isnin, Mei 01, 2017 
Akademik » Prasiswazah » Pengajian Asasi
Pengajian Asasi





UPM merupakan satu-satunya universiti yang menawarkan program asasi yang menjurus kepada bidang agro-bio, pertanian dan sains. Graduan Program Asasi Sains Pertanian ini juga dijamin untuk meneruskan pengajian dalam 39 program ijazah di UPM Serdang.

Pengajian yang dijalankan di kampus utama telah memberikan banyak kelebihan, terutamanya pendedahan awal kepada pembelajaran Universiti, akses kepada kemudahan kampus seperti perpustakaan, pusat sukan, dan sebagainya. Aktiviti bukan akademik juga turut disisipkan bagi pemupukan kemahiran insaniah untuk kehidupan lestari.

Program Asasi Sains Pertanian ini dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Antara bentuk pembiayaan yang diberikan adalah seperti yuran pengajian, yuran asrama, elaun wang saku dan tiket penerbangan satu kali pergi balik bagi pelajar yang berasal dari Sabah dan Sarawak

Pendaftaran dan maklumat lanjut tentang program ini boleh diperoleh melalui aplikasi dalam talian yang diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar di kementerian tersebut.


Sila klik di sini untuk melayari laman web KPTM

Sila klik di sini untuk melayari laman web Pusat Asasi Sains Pertanian





Kemaskini Terakhir 11 06 2012 ( ali_bakri )


Pusat Asasi Sains Pertanian
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
Tel: +603-8946 6998 / 6999
Faks: +603-8946 6997