Halaman Selamat Datang
Selasa, Oktober 24, 2017 
Perkhidmatan » ICT » Makmal & Bilik Latihan
Makmal & Bilik Latihan



Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) merupakan pelaksana 
latihan ICT yang dilantik oleh Pejabat Pendaftar UPM. iDEC berperanan mengendali latihan ICT dan menyediakan kemudahan asas, iaitu bilik latihan berkomputer untuk memenuhi kehendak pengajaran dan pembelajaran di UPM.


3 unit bilik latihan dikhususkan untuk staf UPM, iaitu Mega, Exa dan Zetta. Masing-masing Exa dan Zetta terletak di iDEC Alpha dan boleh memuatkan sebanyak 32 unit PC, manakala bilik Mega boleh memuatkan sebanyak 16 unit PC dan berada di Gamma. Bilik latihan berkenaan dilengkapi dengan komputer, LCD projector, pencetak, skrin, sistem PA, dan kemudahan capaian internet manakala perisian asas yang disediakan ialah Microsoft Office, pakej statistic (SPSS dan SAS) dan beberapa perisian multimedia.

Penggunaan bilik latihan untuk tujuan universiti yang melibatkan staf UPM tidak dikenakan bayaran. Untuk tempahan bilik latihan, anda perlu menggunakan Borang Permohonan Perkhidmatan Sokongan ICT yang boleh dimuat turun melalui Sistem Pengurusan Kualiti.

Maklumat lanjut berkenaan bilik latihan, sila hubungi Pn. Zaleha Abu Samah melalui talian 03-89471204.





Kemaskini Terakhir 30 05 2012 ( ali_bakri )


Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang, Selangor
Tel : +603-8947 1202/1663
Faks : +603-8948 3514