Halaman Selamat Datang
Selasa, Oktober 24, 2017 
Perkhidmatan » Dewan » Pusat Kebudayaan & Kesenian   Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Pusat Kebudayaan & Kesenian   Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah



Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) merupakan sebuah pusat kesenian dan kebudayaan yang unggul. Sebagai sebuah entiti yang mengendalikan hal yang berkaitan kesenian dan kebudayaan, PKKSSAAS turut menyediakan kemudahan prasarana dan fasiliti iaitu Dewan Besar dan Panggung Percubaan disamping peralatan muzik moden dan tradisional dan kelab-kelab kebudayaan dan kesenian.


Dewan Besar                     

Dewan Besar PKKSSAAS yang sepenuhnya ditadbir urus oleh Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) merupakan suatu entiti yang menyediakan fasiliti/medium berlangsungnya apa-apa jua majlis dan program anjuran Universiti antaranya Majlis Konvokesyen, Majlis Gemilang Akademia Putra (MGAP), Majlis
Gemilang Putra, Majlis Anugerah Naib Canselor, Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat UPM, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Majlis Penyampaian Watikah PALAPES, Majlis Makan Malam DiRaja, Minggu Suai Kenal Pelajar Baharu, Peperiksaan, Aktiviti Kebudayaan dan pelbagai aktiviti yang disusun sepanjang tahun disamping sebagai satu medan dan wadah manifestasi dalam penganjuran aktiviti kebudayaan dan kesenian pelajar dan staf UPM khususnya.

Dewan Besar PKKSSAAS boleh memuatkan seramai 3000 orang dalam satu-satu masa. Terdapat pelbagai kemudahan di Dewan Besar seperti kemudahan sistem bunyi terkini, dua (2) skrin layar disamping peralatan asas dewan yang lain seperti kerusi dan meja.

Terdapat pelbagai kemudahan di Dewan Besar seperti kemudahan audio visual, iaitu P.A Sistem berkuasa tinggi dengan 40 buah mikrofon, P.A Sistem Karaoke dengan 12 mikrofon, LCD Projector dan TV LCD 48 inci.

Sebagai sebuah entiti yang mengendalikan hal yang berkaitan kebudayaan dan kesenian, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) turut menyediakan peralatan muzik dan tradisonal seperti set band, gitar, drum. Set karaoke dan kompang, ghazal, cak lempong, dan sebagainya.

 



Panggung Percubaan

Panggung Percubaan juga sepenuhnya ditadbir urus oleh PKKSSAAS dan merupakan suatu medan manifestasi seni bagi aktiviti pelajar dan warga kampus meliputi bidang seni persembahan, muzik, teater, tarian dan penganjuran bengkel-bengkel dalam menyemarakkan kebudayaan dan kesenian berasaskan kecemerlangan seni persembahan. 
Panggung Percubaan juga banyak digunakan sebagai satu ruang untuk produksi percubaan dalam menghasilkan persembahan bermutu.

Panggung Percubaan boleh memuatkan seramai 500 orang dalam satu-satu masa serta dilengkapi dengan kemudahan asas seperti Bilik Menanti, bilik urusetia, bilik kawalan audio dan video serta sistem lampu/pencahayaan.

Di samping melaksanakan majlis rasmi universiti, Dewan Besar dan Panggung Percubaan juga ada menerima tempahan untuk mengadakan pelbagai aktiviti daripada agensi kerajaan, syarikat swasta, kolej swasta dan aktiviti persatuan pelajar dan program aktiviti akademik daripada setiap PTJ yang terdapat di UPM.

KADAR SEWAAN DEWAN BESAR DAN PANGGUNG PERCUBAAN

 KEMUDAHAN

KADAR SEWA SEJAM (RM)
KATEGORI*

   A

 B

   C

D

 

PANGGUNG PERCUBAAN

DEWAN BESAR

 

 350. 00

500. 00

 

450. 00

 600. 00

 

550. 00

 700. 00

 

 

PERCUMA

PERCUMA

Kategori:

           A  -  Fakulti/Jabatan/Persatuan Pelajar (aktiviti mengumpul dana)
           B  -  Agensi Kerajaan/Badan Berkanun/Persatuan Sukarela
           C  -  Badan Perniagaan Kerajaan/Swasta/Persendirian
           D  -  Pusat Tanggung Jawab/Persatuan Pelajar UPM

Bagi agensi luar atau swasta, tempahan harus dibuat sekurang-kurangnya 5 (lima) jam setap tempahan. Kelengkapan audio asas (2 mikrofon) beserta juruteknik turut disediakan. Selain itu, caj tambahan sebanyak RM2,000 dikenakan untuk keperluan set lengkap audio beserta tambahan 5 mikrofon, pilihan audio muzik dan lagu kebangsaan. Kerusi, meja dan kemudahan tambahan lain turut disediakan mengikut kadar yang ditetapkan. Kegunaan dewan dan panggung hanya dibenarkan setelah bukti resit pembayaran daripada Bendahari UPM ditunjukkan kepada pegawai PKKSSAAS yang bertugas.





Kemaskini Terakhir 22 10 2012 ( azy )

LIHATJUGA

Dewan Bankuet»


Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor.
Tel: +603-8946 7324/7528
Faks: +603-8946 7328