Halaman Selamat Datang
Selasa, Oktober 24, 2017 
Perkhidmatan » Dewan » Dewan Kolej
Dewan Kolej




Dewan Serbaguna turut disediakan di beberapa buah kolej di UPM. Pembinaan dewan tersebut adalah untuk kemudahan para pelajar. Namun, ia juga boleh digunakan untuk menjayakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kolej ataupun universiti. Terdapat 14 buah kolej yang menyediakan dewan serbaguna yang lengkap dengan kemudahan lain seperti sistem siar raya.

Kolej Mohamed Rashid

Kolej ini turut menyediakan dua buah dewan yang dilengkapi dengan sistem siar raya dan dapat menampung lebih daripada 100 orang dalam satu-satu masa. Dewan Siswa dapat menampung 100 orang dalam satu-satu masa manakala Dewan Balai Cendana dapat menampung sehingga 300 orang dalam satu-satu masa.                             

  • En. Mohd. Nakhil Dirin
  • 03-89467353
  • www.kmr.upm.edu.my

Kolej Kedua

Kolej ini mempunyai sebuah dewan serbaguna yang dinamakan Dewan Kenyalang. Dewan ini turut dilengkapi dengan sistem siar raya serta dapat memuatkan 200 orang. Ia juga berhampiran dengan bilik gim yang dapat memuatkan sehingga 20 orang.

  • Puan Kalthom Abu Bakar
  • 03-89467357
  • www.k2.upm.edu.my

Kolej Canselor

Kolej ini menyediakan sebuah dewan serbaguna yang dinamakan Dewan Balai Seni Budaya yang dapat memuatkan sehingga 300 orang.

  • En. Abdul Hadi Abd Rashid
  • 03-89467366
  • www.kc.upm.edu.my

Kolej Kelima

Kolej ini menyediakan sebuah dewan serbaguna yang dinamakan Dewan Sri Harmoni. Dewan ini dilengkapi dengan sistem siar raya dan dapat memuatkan sehingga 350 orang dalam satu-satu masa. 

  • En. Zainal Abidin Ali
  • 03-89467372
  • www.k5.upm.edu.my

Kolej Keenam

Kolej ini menyediakan sebuah dewan yang boleh menampung sehingga 350. Dewan ini dinamakan Dewan Sri Pulasan.

  • En. Abdul Aziz Jantan
  • 03-89467377
  • www.k6.upm.edu.my

Kolej Sultan Aleddin Suleiman Shah

Kolej Sultan Aleddin Suleiman Shah (KOSASS) menyediakan sebuah dewan serbaguna yang dapat menampung sehingga 300 orang. Dewan serbaguna ini dinamakan Dewan Jauhari.

  • Tuan Haji Mokhtar Dahari
  • 03-89467382
  • www.kosass.upm.edu.my

Kolej Tun Perak

Kolej ini menyediakan dua buah dewan yang dapat memuatkan lebih 100 orang. Dewan Sri Bendahara yang dapat memuatkan 350 orang dan Dewan Sri Laksamana yang dapat memuatkan 200 orang.

  • En. Mohd Shukri Mohd Noor
  • 03-89467387
  • www.ktp.upm.edu.my

Kolej Pendeta Za’ba

Kolej ini menyediakan sebuah dewan serbaguna yang dapat memuatkan 200 orang iaitu Dewan Putra 3.

  • En. Mohd Junaidi Yasin
  • 03-89471303
  • www.kpz.upm.edu.my

Kolej Sepuluh

Kolej ini menyediakan dewan yang dapat menampung sehingga 400 orang. Dewan ini dinamakan  Dewan Hibiscus.

  • En. Azman Ambia
  • 03-89467397
  • www.k10.upm.edu.my

Kolej Serumpun

Kolej ini menyediakan dewan serbaguna yang boleh menampung sehingga 1000 orang. Dewan yang terdapat di kolej ini ialah Dewan Putra 2.

  • Cik Haliena Azhar
  • 03-89468441
  • www.k15.upm.edu.my

Kolej Tiga Belas

Dewan yang terdapat di kolej ini adalah Dewan Putra 1. Dewan ini dapat memuatkan sehingga 450 orang.

  • Tuan Hj. Mastor Yusof
  • 03-89467412
  • www.k13.upm.edu.my

 

 





Kemaskini Terakhir 30 05 2012 ( ali_bakri )

LIHATJUGA

Penginapan»


Pejabat Strategi Korporat & Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor.
Tel: +603-8947 2051 / 6003
Faks: +603-8943 1296 / +603-8948 7273

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor.
Tel: +603-8946 6062/6063
Faks: +603-8943 2515