Halaman Selamat Datang
Isnin, Februari 27, 2017 
Jaringan » Industri » Jaringan Industri
Jaringan Industri


Industri tempatan merupakan antara pemegang taruh ‘stakeholders’ utama kepada Universiti. Universiti memerlukan kerjasama Industri dalam pembentukan kurikulum pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, perundingan dan menjadi tempat latihan kepada pelajar dan staf. Jaringan ini dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman dan Memorandum Perjanjian.

Pembentukan kurikulum

Maklum balas dari pihak Industri diperlukan untuk pembinaan kurikulum program baru atau semakan semula kurikulum program sedia ada. Pihak fakulti akan melantik wakil dari pihak industri (berkaitan dengan program yang ditawarkan) untuk memberi input kehendak industri mereka terhadap   graduan yang akan dikeluarkan.

 Penyelidikan

Terdapat dua bentuk kerjasama penyelidikan yang diperlukan dari pihak Industri.

  1. Menjalankan penyelidikan bersama bagi menghasilkan produk. Dalam konteks ini, penyelidik UPM mengenal pasti produk penyelidikan yang akan dihasilkan dan menjemput pihak Industri untuk memasarkannya. 
  2. Pihak Industri bekerjasama dengan menggunakan kepakaran yang ada di Universiti bagi membuat penyelidikan terhadap produk yang telah ditentukan mereka.

 Perundingan

Pihak Industri menggunakan kepakaran Universiti bagi membuat kajian kepada sesuatu program yang dibangunkan mereka. Dalam konteks ini, pegawai Universiti akan membuat kajian ilmiah dan memaklumkan hasil kajian, cadangan penambah baik dan pelaksanaan kepada pihak Industri.

 Tempat Latihan kepada Pelajar dan Staf

Universiti akan bekerjasama dengan pihak Industri bagi menempatkan pelajar untuk latihan industri dan latihan profesional staf.

Maklumat lanjut berkenaan latihan industri boleh Pejabat Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat.




Kemaskini Terakhir 14 02 2017 ( hairul_nizam )


Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Jaringan Industri & Masyarakat)

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
Tel :+603-8947 1188 /1193
Faks :+603-8947 1257/1259 

Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
Tel :+603-8947 1805/1801/1810 
Faks :+603-8946 4107/4114