Halaman Selamat Datang
Isnin, Ogos 21, 2017 
Jaringan » Komuniti » Pelajar @ Komuniti
Pelajar @ Komuniti





Khidmat komuniti adalah terma sinonim bagi Mahasiswa UPM yang aktif melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan. Antara khidmat komuniti pelajar yang aktif dijalankan di UPM adalah Kursus Bakti Siswa, iaitu kursus yang wajib diambil oleh setiap mahasiswa bagi melengkapkan kriteria kelayakan untuk bergraduasi. 

Kursus Bakti Siswa ini mencakupi kecemerlangan holistik yang menerapkan elemen-elemen kemahiran insaniah di mana para peserta mendapat bimbingan untuk melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dan sekaligus membentuk nilai-nilai kepimpinan sebagai ahli komuniti yang serba boleh. Intipati kursus ini antara lain merangkumi perancangan komuniti, kaedah pengendalian, pelaksanaan dan penilaian aktiviti bakti siswa.

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Program MEGA bersama masyarakat sekitar komuniti Serdang seperti motivasi, gotong-royong dan persembahan kebudayaan, Program Masih Ada Sayang bersama anak yatim dan Bersamamu, Program Pencegahan Denggi bersama masyarakat, Program Motivasi bersama pelajar sekolah antaranya Jom Masuk ‘U’, Program Cintai Alam Sekitar, Program Derma Darah, Program ‘Car Wash for Charity’ dan pelbagai lagi program kemasyarakatan.

Untuk info lanjut, sila klik di sini dan anda akan dibawa melayari laman web Pusat Inovasi Keusahawanan dan Pembangunan Pelajar  UPM.





Kemaskini Terakhir 26 06 2012 ( ali_bakri )


Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Jaringan Industri & Masyarakat)

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
Tel: +603-8947 1188 /1193
Faks: +603-8947 1257/1259

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang, Selangor
Tel: +603-8946 6075
Faks: +603-8942 6472