Utama  |  English  |  Carian: 
     
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Universiti Penyelidikan Yang Ulung di Malaysia
  Info Mengenai:
  Info Untuk:
 
  versi pencetak
CAPAIAN PANTAS
Pejabat Naib
 Canselor
Fakulti
Institut
Akademi
Siswazah
Pusat
Bahagian
Pendaftar
Bendahari
Pembangunan
Kolej
Perkhidmatan
Persatuan
Berita
Portal Staf
Album Foto
Aplikasi Online
Pautan
Peta Laman
Jawatan Kosong
Penafian
Webmaster
Polisi
 
Tajuk-tajuk Berita 2010
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.
1,505 Pelajar Baharu Siswazah Lafaz Ikrar 2010/2011



SERDANG, 14 Julai – Seramai 1,505 pelajar baharu pasca siswazah semester pertama 2010/2011 Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melafazkan ikrar sebagai simbolik memulakan pengajian di sini.

Naib Canselor UPM, Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah berkata jumlah itu terbahagi kepada 1,380 pelajar Master dan 125 pelajar PhD.

“Daripada jumlah itu, terdapat seramai 263 orang pelajar antarabangsa (Master 149 dan PhD 114) manakala jumlah keseluruhan enrolmen pelajar siswazah di UPM ialah 9,895 di mana pelajar antarabangsa ialah 2,455 berbanding pelajar tempatan 7,395 (Master 6,011 dan PhD 1,384).



Beliau berkata pelajar siswazah itu telah mendaftar pengajian di Sekolah Pengajian Siswazah (SGS), Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan (GSM) dan Pusat pendidikan Luar (PPL).

Beberapa pelajar baharu yang ditemui wartawan Tribun Putra selepas majlis itu memberikan reaksi pelbagai apabila menjadikan UPM sebagai institusi pilihan pengajian.


Naib Canselor UPM, Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah bersalaman dengan beberapa pelajar baharu.

Antaranya pasangan pelajar kembar iaitu Mazura Shareena, 25 dan adiknya Masniza Shaheeda, 25, dari Jerantut, Pahang, yang sama-sama mengambil kursus Master Sains Komputer.


Pasangan kembar dari Jerantut, Pahang ini sama-sama menuntut bagi menimba ilmu pengetahuan di dalam kampus hijau ini.

Mazura berkata beliau dan adiknya ingin bertukar angin belajar di Serdang yang terkenal dengan penyelidikan.

Maria Victoria Lucas dari Amerika Syarikat berkata UPM menjadi pilihannya kerana selain kemudahan yang pelbagai serta kelengkapan teknologi terkini dalam bidang penyelidikan, ia juga mempunyai persekitaran semula jadi yang terpelihara dengan kehijauan alam flora.


Maria (kiri) dan Yusser (kanan) teruja untuk menyambung pelajaran mereka di UPM.

Yusser A. Taqi Al-Qazwini dari Iraq pula menjadikan UPM sebagai destinasi untuk menyambung pelajarannya ke peringkat PhD kerana beliau telah biasa dengan persekitaran UPM kerana sebelum ini mengambil sarjana di tempat yang sama.

Sementara itu Pusat Antarabangsa telah mengadakan majlis New International Student Welcoming Programme kepada pelajar antarabangsa yang menyambung pengajian dalam peringkat sarjana dan PhD .

Mereka diberikan pendedahan mengenai bagaimana mengadaptasi budaya masyarakat Malaysia, tips keselamatan dalam kampus, pengenalan penggunaan Visa, perkhidmatan kesihatan, pengurusan akademi dan aduan serta tinjauan ke sekitar kawasan kampus dalam universiti.

Berita ini disediakan oleh Seksyen Media, Bahagian Komunikasi Korporat UPM. (Mohd Faisal Md Noor, 03-89466013, Fotografi Noorazreen Awang, 03-89466199).




.
 
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM SERDANG, Selangor | T: 03-8946 6000 | F: 03-8948 7273 | E:webmaster@putra.upm.edu.my  Hak Cipta Terpelihara UPM 2007
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768