SERDANG, 10 Julai – Pelajar baharu Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) menjuarai acara Perbarisan dalam Program Senam Seni bersama staf pengurusan universiti yang diadakan sempena Minggu Perkasa Putra Universiti Putra Malaysia (UPM) sesi 2010/2011 di Bukit Ekspo UPM baru-baru ini.
Program Senam Seni yang merupakan salah satu program dalam Minggu Perkasa Putra sempena pendaftaran pelajar baharu UPM sesi 2010/2011 dihadiri kira-kira 4,500 pelajar baharu dari 17 kolej kediaman UPM turut dihadiri oleh Timbalan Naib Naib Canselor UPM (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Mohd Fauzi bin Hj. Ramlan.
Program bertemakan ‘Semangat Menyatu Jiwa 1 UPM’ itu bertujuan memperkenalkan pihak pengurusan tertinggi UPM kepada pelajar baharu serta menyemai sifat kekitaan pelajar baharu UPM tanpa mengira bangsa dan agama.
Selain acara Perbarisan, program senam seni turut mempertandingkan acara Kreativiti yang dimenangi oleh Kolej Canselor sementara johan acara Maskot dimenangi oleh Kolej 6.
Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Jemaah Pengetua UPM, Syed Agil Alsagoff.
Antara Maskot menarik sempena Minggu Perkasa Putra Universiti Putra Malaysia (UPM) sesi 2010/2011
Berita ini disediakan oleh Seksyen Media, Bahagian Komunikasi Korporat UPM. (Mohd Faisal Md Noor, 03-89466013, Fotografi Ahmad Fua'ad Alwi, 03-89466199).
.
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM SERDANG, Selangor | T: 03-8946 6000 | F: 03-8948 7273 | E:webmaster@putra.upm.edu.my Hak Cipta Terpelihara UPM 2007 Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768