Utama  |  English  |  Carian: 
     
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Universiti Penyelidikan Yang Ulung di Malaysia
  Info Mengenai:
  Info Untuk:
 
  versi pencetak
CAPAIAN PANTAS
Pejabat Naib
 Canselor
Fakulti
Institut
Akademi
Siswazah
Pusat
Bahagian
Pendaftar
Bendahari
Pembangunan
Kolej
Perkhidmatan
Persatuan
Berita
Portal Staf
Album Foto
Aplikasi Online
Pautan
Peta Laman
Jawatan Kosong
Penafian
Webmaster
Polisi
 
Tajuk-tajuk Berita 2010
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.
UPM Kongsi Kepakaran Teknologi Roti Norway


Ketua Pegawai Eksekutif DBHM, JØrn Bertheussen(dua dari kanan) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah(dua dari kiri).

SERDANG, 9 Mac – Universiti Putra Malaysia (UPM) berkongsi kepakaran teknologi membuat roti Norway apabila memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat kerjasama pengeluar roti, sandwic, kek dan jam dari Norway, Din Baker Handel Sdn Bhd (DBHM).

Ketua Pegawai Eksekutif DBHM, JØrn Bertheussen berkata syarikatnya sedia memindahkan teknologi Norway ke Malaysia dengan memperkenalkan kursus membuat roti berkualiti.



MoU itu merangkumi beberapa kerjasama dalam program penyelidikan dan pembangunan yang akan diuruskan oleh UPM bagi penghasilan produk DBHM dan bidang pendidikan yang ditawarkan kepada pelajar dan staf Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM) UPM.

”Kerjasama ini bakal menyediakan kursus bagi pembuatan roti dan manisan melalui latihan industri pelajar selama 3 bulan dan menyediakan sijil latihan profesional kepada orang awam yang menyertainya,” katanya.

Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah berkata UPM bukan sahaja mendapat keuntungan dalam perniagaan baru itu malah dapat mempelajari seni dan keunikan pembuatan roti dari negara Norway sementara DBHM boleh menggunakan kepakaran sedia ada di FSTM.

”Kerjasama antara dua pihak ini akan memberi kebaikan kepada ahli dan pelanggan DBHM yang mementingkan kelazatan sumber fiber,” katanya.

Memorandum persefahaman ditandatangani oleh Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha dan JØrn Bertheussen.

Chef Pastri, Knut Harald Soerdal berkata kerjasama tersebut akan memberi pendedahan kepada pelajar FSTM dari segi cara pembuatan roti.


Knut Harald Soerdal teruja untuk menyumbangkan kemahirannya disini.

“Kami berharap industri pembuatan roti Norway akan dikembangkan kepada perubahan cita rasa Asia yang meminati perasa pedas supaya dapat diterima oleh masyarakat tempatan,” katanya.


Antara tetamu terhormat yang hadir.

Berita ini disediakan oleh Seksyen Media, Bahagian Komunikasi Korporat UPM. (Mohd Faisal Md Noor 03-89466011).





.
 
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM SERDANG, Selangor | T: 03-8946 6000 | F: 03-8948 7273 | E:webmaster@putra.upm.edu.my  Hak Cipta Terpelihara UPM 2007
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768