Utama  |  English  |  Carian: 
     
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Universiti Penyelidikan Yang Ulung di Malaysia
  Info Mengenai:
  Info Untuk:
 
  versi pencetak
CAPAIAN PANTAS
Pejabat Naib
 Canselor
Fakulti
Institut
Akademi
Siswazah
Pusat
Bahagian
Pendaftar
Bendahari
Pembangunan
Kolej
Perkhidmatan
Persatuan
Berita
Portal Staf
Album Foto
Aplikasi Online
Pautan
Peta Laman
Jawatan Kosong
Penafian
Webmaster
Polisi
 
Tajuk-tajuk Berita 2010
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.
Kerajaan Lantik Pusat Kokurikulum UPM Pusat Operasi KKB IPT


Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin (tengah), Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha (kiri) dan Pengarah PKKUPM, Prof. Madya Dr. Mohammad Shatar Sabran bersama buku terbaru PKKUPM.

SERDANG, 5 Mac – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melantik Pusat Kokurikulum Universiti Putra Malaysia (PKK UPM) sebagai Pejabat Pengurusan Operasi dalam melaksanakan bengkel Training of Trainers (TOT) bagi Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) yang dijalankan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh Malaysia.

Menterinya, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pemilihan PKK UPM berdasarkan prestasinya yang lebih ke hadapan berbanding PKK IPT lain dalam melaksanakan kegiatan kemahiran insaniah (KI).

“Pelaksanaan kursus Finishing School, Starting School dan yang terkini Intermediate School merupakan langkah bijak yang diambil oleh PKK UPM dalam menerapkan KI kepada pelajar UPM.

“Kementerian melihat PKK UPM sebagai peneraju yang berkeyakinan tinggi dalam menjalankan aktiviti KI, contohnya seperti penganjuran Seminar Sehari Amalan Terbaik KI pada hari ini,” katanya pada majlis perasmian tersebut.

Beliau berkata pencapaian PKK UPM seharusnya dicontohi oleh PKK di IPT lain kerana banyak menerbitkan buku-buku KI.

“Tahniah kepada PKK UPM kerana berjaya menerbitkan 30 buah buku KI sebagai rujukan pihak termasuk buku yang terbaru bertajuk ‘Tujuh Kemahiran Insaniah Pelajar : Huraian dan Pengukuran’.


Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin menurunkan tandatangan sebagai simbolik pelancaran buku Tujuh Kemahiran Insaniah Pelajar : Huraian dan Pengukuran.

“Selain menghuraikan tujuh KI, iaitu kemahiran komunikasi, kepimpinan, pemikiran kritis, kerja berkumpulan, keusahawanan, nilai dan etika dan pembelajaran sepanjang hayat, buku tersebut juga menyediakan pengukuran untuk memastikan setiap graduan memiliki setiap KI yang diperlukan oleh majikan pada hari ini,” katanya.

Dato’ Seri Khaled berkata pihak kementerian melalui Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) telah mengambil inisiatif untuk membangunkan sebuah instrumen bagi mengukur tahap penguasaan pelajar IPT dalam tujuh elemen KI tersebut yang dikenali sebagai Skala Kemahiran Insaniah Malaysia (Malaysian Soft Skills Scale – My3S).

Sementara itu, Pengarah PKK UPM, Prof. Madya Dr. Mohammad Shatar Sabran dalam ucapannya berkata seminar itu bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan tujuh elemen KI, mengetahui amalan terbaik KI yang dilaksanakan di IPT Malaysia dan mengenal pasti strategi pembangunan dan penilai penguasaan KI yang dilaksanakan sehingga kini.

Beliau mengalu-alukan penglibatan IPT lain dalam menyumbang idea dan ilmu berkaitan KI selaras dengan pelantikan PKK UPM sebagai Pusat Pengurusan Operasi bengkel TOT KKB seluruh IPT.


Dr. Mohammad Shatar menerangkan sesuatu ketika lawatan menteri ke pameran kemahiran insaniah sambil diperhatikan Datuk Naib Canselor.

Manakala Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah berkata pengurusan universiti berharap PKK UPM berusaha untuk menambah elemen pengantarabangsaan sebagai salah satu kursus KKB.

“Elemen pengantarabangsaan ini boleh dalam bentuk kursus jangka pendek ataupun program mobiliti ke luar negara sebagai usaha menjadikan graduan UPM lebih kompetitif di pasaran kerja pada peringkat nasional dan antarabangsa,” katanya.

Seminar sehari itu turut menghimpunkan pengarah-pengarah PKK, pegawai-pegawai pembangunan pelajar, penyelaras, fasilitator KKB dan wakil pelajar dari semua IPT.

Antara pembentang dalam seminar tersebut ialah Penasihat Khas Menteri Pengajian Tinggi, Prof. Dr. Raduan Che Rose; Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat Tenaga Nasional Berhad, Datin Saadiah Badrudin; Pengarah Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar di JPT, Prof. Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan dan Pengarah PKK Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. Ahmad Tajudin Othman.


Sebahagian tetamu yang memenuhi Dewan Kuliah Utama, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM semasa majlis perasmian Seminar Sehari Amalan Terbaik Kemahiran Insaniah.

Berita ini disediakan oleh Seksyen Media, Bahagian Komunikasi Korporat UPM. (Ili Syazwani Zahimi 03-89466013).

.
 
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM SERDANG, Selangor | T: 03-8946 6000 | F: 03-8948 7273 | E:webmaster@putra.upm.edu.my  Hak Cipta Terpelihara UPM 2007
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768